SINTOK: Peniaga makanan India di kawasan Bukit Kachi Universiti Utara Malaysia (UUM), Sivalingam Manickiam, menghembus nafas terakhir pada jam 12 tengahari di Hospital Sultanah Bahiyah pada 29 Disember lalu.
Peniaga yang cukup dikenali dalam kalangan pelajar di UUM itu meninggal dunia akibat sakit jantung.
Sivalingam juga dikenali sebagai ‘Kachi Uncle’ telah menjual makanan di Bukit Kachi UUM selama 20 tahun.
Beliau yang terkenal dengan menyediakan nasi bersama ayam bersaiz besar sangat disayangi oleh pelajar.