UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kakitangan Jabatan Pertanian tingkatkan kemahiran penulisan

AYER HITAM: Kepentingan menghasilkan bahan penulisan berpengaruh bagi membentuk pemikiran masyarakat tani yang selari dengan dasar kerajaan dilihat sebagai usaha mustahak bagi melonjakkan industri pertanian negara ini.

Melalui Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Pertanian telah membangunkan sebuah modul kursus bagi kakitangan jabatan untuk melahirkan para penulis mahir yang mampu menghasilkan penulisan bertaraf tular.

Seramai 19 peserta dari Jabatan Pertanian telah terlibat dalam kursus yang dianjurkan oleh Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Selatan (PLPPWS) bertajuk Penulisan Rencana dan Berita Berpengaruh untuk Jabatan.

Penolong Pengarah PLPPWS, Noor Muazam Shah Baharudin yang juga penyelaras kursus ini berkata, sambutan menggalakkan dari kalangan peserta jabatan pertanian menunjukkan kepentingan menguasai kemahiran penulisan.

Noor Muazam

“Saya berharap setiap peserta yang memperolehi skil penulisan dalam kursus ini akan terus menulis apabila kembali ke jabatan masing-masing kerana aspek penulisan sangat penting untuk keterlihatan jabatan pertanian,” katanya.

Mereka terdiri daripada peserta Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Melaka, Johor, dan Perak selain bahagian teknikal dari jabatan pertanian sendiri.

Kursus yang dianjurkan selama tiga hari bermula 23 Mei 2023 itu telah disampaikan oleh Dr Azahar Kasim, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia.

Tengku Faris

Salah seorang peserta, Tengku Muhammad Faris Hafize Tuan Mansor berkata, kursus ini memberikan pengukuhan kemahiran penulisan dalam usaha menyampaikan mesej yang benar kepada masyarakat.

Mazzuin

Peserta lain, Mazzuin Saffarudin berkata, isu kesukaran dalam penyampaian maklumat bantuan oleh pihak jabatan juga dilihat dapat dikecilkan melalui kursus ini.

“Masalah dalam menyampaikan berita bantuan kewangan dan teknikal yang banyak dilakukan oleh jabatan kini bukan lagi satu isu,” katanya.

Beliau berkata, dengan penganjuran kursus ini, Jabatan Pertanian dijangka semakin agresif dalam menyampaikan maklumat terutama melalui platform sosial media sedia ada mereka seperti Facebook dan TikTok.