UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Karnival Semarak PGDE UUM

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Oleh: Pusat Pengajian Pendidikan

Sintok, 2 April – Seramai 250 pelajar Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE) memeriahkan program Karnival Semarak PGDE UUM 2024, baru-baru ini.

Penyelaras PGDE UUM sesi 2023/2024, Dr. Faizahani Ab Rahman berkata, karnival anjuran Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia ini diadakan bagi memperkenalkan dan mendedahkan PGDE secara lebih meluas kepada seluruh warga UUM dan masyarakat umum.

“Karnival Semarak PGDE itu turut diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ‘Charity Run’, Pertandingan Inovasi dan Riadah Alternatif.

“Pihak penganjur juga telah menjemput dua orang juri dari Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kedah dan seorang juri dari UUM iaitu Timbalan Dekan (Inovasi dan Penyelidikan) bagi mengadili Pertandingan Inovasi yang dianjurkan,” ujarnya.

Ketiga-tiga aktiviti ini dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan antara bakal guru PGDE kohort baru dan lama selain mengetengahkan bakat dan usaha pelajar PGDE untuk mempamerkan hasil inovasi mereka yang menarik untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi terutamanya kepada golongan pendidik bagi memacu sistem pendidikan yang berasaskan kepada pembelajaran teknologi digital.

Karnival ini juga mengetengahkan “Charity Run” sebagai aktiviti utama di samping mambuat kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim UUM.