UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kayu balak bernilai lebih RM100,000 dirampas

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Norsyazwani Nasri/NSTP

SIBU: Sebanyak 70 kayu balak bernilai lebih RM100,000 dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu di perairan Batu Luking, Kanowit, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, bertindak atas maklumat berkaitan aktiviti kayu balak rakit, sepasukan pegawai dan anggota PPMW5 dalam tugas Op Pensura bergerak ke lokasi jam 10 pagi.

“Hasil rondaan dan tinjauan, kayu balak pelbagai jenis dan saiz tiada tanda hak milik dan tanda tukul Jabatan Hutan Sarawak (JHS) ditemui.

“Kesemua kayu balak pelbagai jenis dan saiz itu disyaki diperoleh secara haram dan anggaran nilai keseluruhan rampasan ini ialah RM136,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, kesemua kayu balak yang dirampas itu diserahkan kepada Pegawai Perhutanan Bahagian Kanowit untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Ordinan Perhutanan 2015.