UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

KEJAP sumbang Bakul Ramadhan hargai pekerja UPSB

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Amiruddin Rohani/UUM Today

SINTOK, 4 April – Program Sumbangan Bakul Ramadan dan Bingkisan Aidilfitri KEJAP sempena 40 tahun Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Sumber Manusia (JSM), baru-baru ini.

Program sempena Bulan Ramadan 1445H ini disampaikan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

Beliau berkata, program ini diadakan bertujuan untuk menghargai lima staf UUM Property Sdn. Bhd. (UPSB) yang memberikan perkhidmatan pembersihan dan pencucian di JSM.

Menurutnya, sumbangan dalam bentuk barangan keperluan ini disumbangkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Sumber Manusia (KEJAP) hasil kutipan Tabung Ramadan dalam kalangan ahli.

“Saya gembira di atas usaha pihak KEJAP ini yang menghargai jasa staf UPSB serta dapat merapatkan hubungan insaniah antara staf JSM dan UPSB selaras dengan usaha untuk membantu komuniti masyarakat setempat khususnya yang berdekatan dengan Jabatan Sumber Manusia.

“Sumbangan kecil KEJAP ini menjadi simbolik kepada terbinanya kasih sayang dan saling membantu sesama insan, di samping meringankan beban penerima khususnya ketika menjalani ibadah puasa dan sebagai persiapan menyambut Syawal nanti,” katanya.

Semoga usaha ini akan memberikan manfaat yang besar kepada penerima dan masyarakat setempat dalam menghadapi bulan Ramadan yang mulia ini serta menyambut perayaan Aidilfitri yang akan datang.