UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kejohanan Bowling Piala Dekan SEFB 2023

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

JITRA: Kejohanan Bowling Piala Dekan SEFB 2023 berlangsung penuh meriah di Pusat Bowling Jitra, baru-baru ini.

Dekan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB), Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri berkata, pertandingan yang memasuki edisi kedua ini merupakan acara tahunan bagi Kelab Kebajikan dan Rekreasi SEFB, UUM.

Jelasnya, pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan ahli dalam acara sukan sebagai salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

“Di samping itu, usaha ini dapat mendorong ahli kelab mewujudkan amalan gaya hidup sihat dalam bersukan serta dapat meningkatkan kecergasan diri dan lebih produktif dalam menjalankan tugas harian,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program, Khairul Anuar Adnan berkata, sambutan yang diterima amat menggalakkan melibatkan seramai 40 peserta yang membentuk 13 kumpulan.

Dalam acara berpasukan, kumpulan yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd Khan, Dr. Yushairi Mat Yusoff dan Ahmad Shukri Harun muncul juara dengan jumlah jatuhan pin terkumpul sebanyak 1,107 pin.

Manakala pemenang acara individu lelaki dimenangi oleh Dr. Eddie Erman Che Johari dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 428 pin dan pemenang bagi acara individu wanita pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd Khan dengan jumlah jatuhan pin terkumpul sebanyak 357 pin.

Hadir sama, Timbalan Dekan SEFB, Dr. Diara Md. Jadi, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Dr. Ruhaida Saidon, Penolong Pendaftar Kanan, Hasliza Hassan, ketua jabatan dan penyelaras program.