UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kejohanan Olahraga PGDE praktik kendali acara

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Prof. Madya Dr. Nor Hasimah Ismail/UUM Today

SINTOK: Seramai 173 pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PGDE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga PGDE 2023 yang telah berlangsung di Stadium Pusat Sukan, baru-baru ini.

Penyelaras PGDE sesi 2023/2024, Dr. Faizahani Ab Rahman berkata, kejohanan tersebut merupakan salah satu daripada tuntutan kursus bagi subjek Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum.

Menurutnya, sebanyak 12 acara telah dipertandingkan, antaranya acara balapan seperti 4×100 meter dan 4×200 meter jalan kaki, acara tarik tali dan sukaneka.

“Program sebegini memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan cara pengendalian kejohanan olahraga, selain persediaan awal sebelum pelajar-pelajar ini menjadi guru tetap kelak,” katanya.

Kejohanan itu telah menyaksikan Rumah Hijau dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan kutipan 3 emas dan 1 perak, diikuti Rumah Kuning di tempat kedua dan Rumah Biru di tempat ketiga.

Bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati, Saudara Muhammad Irfan Saad dan Fatin Noor Syakhilla Mohammad Ramli telah dipilih atas merit dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Pendidikan, Prof. Dr. Yahya Don.

Turut hadir, Penyelaras Subjek Mata Pelajaran Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum, Prof. Madya Dr. Nor Hasimah Ismail; Pensyarah kursus, Prof. Madya Dr. Norazlinda Saad dan Dr. Abdul Ghani Jalil. – Dr. Faizahani Ab Rahman