UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kem Pembangunan Profesionalisme tingkat kebolehpasaran mahasiswa asnaf

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Maisara Sanpech (Pelajar Praktikal Pusat Islam)/UUM Today

LANGKAWI: Seramai 30 pelajar asnaf Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Kem Pembangunan Profesionalisme Asnaf Siswa 2023 anjuran Pusat Islam di Akademi Latihan Koreksional, Kuah.

Penyelaras program, Muhammad Kamil Yazid berkata, program ini bertujuan bagi meningkatkan potensi dan profesionalisme diri agar pelajar asnaf dapat berada ‘at par‘ dengan pelajar lain, sekali gus berupaya meningkatkan kebolehpasaran diri dan mengubah nasib keluarga.

Menurutnya, program ini akan dapat melatih usaha pembangunan diri dalam membina kecemerlangan akademik dan akhlak diri sebagai seorang pelajar yang seimbang dan holistik seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan untuk menerapkan beberapa elemen penting supaya dapat diaplikasikan dalam diri mahasiswa seperti berfikir secara terbuka dan kritis, kepimpinan yang efektif, cara bersosial dengan semua golongan masyarakat dan lain-lain.

Di antara aktiviti yang paling menarik perhatian peserta adalah ‘Business Model Canvas‘ (BMC), di mana peserta dilatih teknik untuk memulakan perniagaan yang disampaikan oleh Fatin Atirah Fadzillah dari CEDI.

Peserta, Ahmad Faris Mohamed Bakhari berkata, kem ini merupakan pengalaman pertamanya menyertai program berbentuk kepimpinan yang tidak hanya memberi fokus kepada kepimpinan semata-mata sebaliknya turut melibatkan pengisian yang bermanfaat seperti BMC.

Pada sesi akhir program, Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Khadafi Rofie menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pelajar yang menyertai program ini. – Siti Noor Anisa Mohamad (Pelajar Praktikal Pusat Islam)