Gambar TISSA-UUM
CHANGLUN: Seramai 20 orang golongan yang memerlukan telah menerima sumbangan Bakul Ramadan dari Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSAC) sempena Program Kembara Ramadan 1444H di Kampung Lantrum dan Hosba, dekat sini.

Presiden TISSAC, Prof. Dr. Ram Al-Jafri Saad berkata, sebanyak 20 bakul sumbangan yang mengandungi barangan dapur, makanan ringan dan duit tunai telah diserahkan kepada mereka yang terpilih.
Selain itu, menurutnya, TISSAC turut mengunjungi empat keluarga asnaf yang sakit dan uzur sebagai tanda keprihatinan.
“Program ini selaras dengan harat untuk memasyarakatkan universiti dengan mendekati penduduk sekitar UUM.
“Semoga dengan sumbangan ini mampu menceria dan menggembirakan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” ujarnya.