Oleh Lieyana Teo Mohd Zulkifli Teo
Gambar: Hasliza Abu Hassan
Kota Kinabalu – Kerajaan Negeri Sabah meraikan lebih 200 delegasi yang menyertai persidangan International Conference on Public Organization (ICONPO XII) di negeri bawah bayu itu pada 17 Ogos 2023 lalu.
Majlis makan malam itu diadakan bagi mengeratkan hubungan antara peserta persidangan dan penganjur program.
Persembahan muzik dan nyanyian kebudayaan dari negeri Sabah juga mewarnai majlis makan malam itu.

Tetamu jemputan yang hadir termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Arifin Datuk Mohd Arif, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Omar Rasul As-Salam Syah Datuk Haji Sulaiman Omar, Ketua Pengarah Perkhidmamatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan.

Manakala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Shahimi Mohtar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Tugas-tugas Khas), Tuan Haji Sapdin Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut hadir bersama.
Moga kehadiran tetamu-tetamu kehormat ini dapat menyeri dan mengeratkan hubungan antara penganjur dan delegasi.
