UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kerjasama Universitas Islam Negeri (UIN) dan UUM dapat perhatian media Indonesia

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

JAKARTA: Kolaborasi julung kali antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Universitas Islam Negeri (UIN) di Indonesia mendapat liputan meluas media negara tersebut.

UUM merupakan universiti pertama dari Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lima UIN yang bernaung di bawah Kementerian Agama Republik Indonesia (Kemenag).

Direktur Jenderal Pendidikan Islam, Kemenag, Prof. Dr. Muhammad Ali Ramdhani berkata, pendidikan bukan sekadar panggilan atau kewajipan perlembagaan, tetapi tugas bersama untuk melahirkan anak bangsa yang berpendidikan tinggi.

“Saya berasa bangga dan bahagia hari ini (semalam) dapat menyaksikan detik bersejarah terjalinnya kolaborasi bukan sahaja antara dua institusi pendidikan tinggi ini, malahan melibatkan dua negara yang mempunyai kekuatan untuk membangunkan peradaban yang lebih baik,” katanya.

Kerjasama dinamik antara UIN dan UUM itu secara tidak langsung telah menjadikan Perguruan Tinggi Keagamaan Islam (PTKI) Indonesia dapat memenuhi agenda pengantarabangsaan, seterusnya menjadi universiti bertaraf dunia seperti UUM yang merupakan Universiti Pengurusan Terkemuka terbaik Malaysia, bukan sahaja dikenali di rantau Asia malah dunia.

Sementara itu, Pengarah PTKI, Ahmad Zainul Hamdi menyatakan bahawa proses kerjasama ini sudah lama dilaksanakan oleh Dr. Muhammad Ali Ramdhani dalam mewujudkan usaha pengantarabangsaan PTKI.

“Akhirnya impian itu dapat direalisasikan apabila kita mengambil langkah sangat penting apabila menjalin kerjasama dengan UUM.

“Saya telah melihat secara langsung bagaimana universiti itu dipimpin atau diuruskan dengan baik. Meskipun masih muda, UUM memiliki banyak prestasi dan reputasi baik di peringkat antarabangsa,” ujar Zainul.

Berita tentang kerjasama akademik UUM dan UIN di portal berita Indonesia boleh dilayari:

https://pendis.kemenag.go.id/read/program-internasionalisasi-ptki-kemenag-mou-dengan-universiti-utara-malaysia

https://edukasi.sindonews.com/read/1111867/211/lima-uin-teken-kerja-sama-dengan-universiti-utara-malaysia-1685351154

https://news.republika.co.id/berita/rvffwn349/internasionalisasi-ptki-lima-uin-jalin-kerja-sama-dengan-uum-malaysia

https://edukasi.okezone.com/read/2023/05/29/65/2821977/5-uin-kerja-sama-dengan-universiti-utara-malaysia-terkait-program-apa