UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kerjasama UUM-IPK Perlis lahir 35 graduan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: Kerjasama antara Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Antarabangsa dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis sejak 2020 telah melahirkan 35 graduan yang telah bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Ke-35 UUM, semalam.

Kejayaan graduan tersebut diraikan dalam Majlis Makan Malam Graduasi Program Kerjasama UUM dan IPK Perlis di EDC-UUM, malam tadi.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), Prof. Madya Dr. Nazariah Othman berkata, kesemua graduan dari Kohort 1 dan 2 itu merupakan pegawai polis dari IPK Perlis yang berjaya menamatkan pengajian dalam program khas ‘in-house’ Sarjana Sains Pengajian Strategik.

“Saya berterima kasih kepada pihak IPK Perlis kerana telah memberikan kepercayaan kepada SOIS UUM dalam mendidik dan mengajar pegawai polis dari IPK Perlis untuk terlibat dalam program kerjasama ‘in-house’ ini.

“Kejayaan program kerjasama ini tentunya tidak akan berjaya dan mencapai impak yang tinggi tanpa bantuan dan komitmen yang diberikan oleh pihak pengurusan IPK Perlis dan pelajarnya,” ujar beliau.

Dr. Nazariah berharap program kerjasama strategik antara UUM dan IPK Perlis tidak berhenti sampai di Kohort 3 sahaja, sebaliknya diteruskan dengan program kerjasama lain yang dapat memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis IPK Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dan pegawai-pegawai kanan UUM dan IPK Perlis.