UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Keyakinan kunci fasih Bahasa Inggeris

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Islam/UUM Today

SINTOK: Dalam dunia masa kini kemahiran berbahasa Inggeris adalah antara perkara penting yang perlu diberi perhatian bukan sahaja dalam kehidupan seharian, malahan dalam bidang pekerjaan.

Menyedari hakikat itu, Pengarah Pusat Islam, Zar Ei Zakaria mengambil inisiatif menganjurkan kelas Bahasa Inggeris kepada semua staf di bawah seliaannya.

Selain itu, ianya adalah sebagai persediaan Pusat Islam ke arah mencapai Hala Tuju Tahun 2026 iaitu Pengantarabangsaan Program-program Kerohanian.

Zar Ei (dua, kanan) turut mengambil peluang meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris yang dianjurkan Pusat Islam.

Kelas yang diadakan pada setiap Rabu itu dikendalikan oleh Guru Bahasa dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM, Nadzatul Fariha Abd Rasid.

“Apa yang ada dalam fikiran kita, itu yang akan keluar dari mulut kita, jadi berfikirlah dalam bahasa Inggeris supaya dapat bercakap dalam bahasa Inggeris,” itulah formula azimat yang sering ditekankan Nadzatul Fariha pada setiap kali kelas diadakan.

“Latih diri kita untuk berfikir dalam bahasa Inggeris adalah satu permulaan yang sangat bagus untuk membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Inggeris,” katanya lagi.

Staf Pusat Islam yang menyertai kelas Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa kedua tersebut.

Sebagai Guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman, Nadzatul Fariha menggunakan kaedah ‘role-play‘ semasa pengendalian kelas beliau.

Kaedah ini lebih berkesan berbanding dengan hanya mempelajari peraturan tatabahasa, sebutan, ayat dan sebagainya. 

Jangan takut diketawakan, jangan pernah malu jika tersalah sebut perkataan dan jangan pernah putus asa untuk belajar. – Rozita Mohd Rejab