UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

KJ kongsi inspirasi di sebalik nama unik anak

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar TIKTOK KJ/Majalah Pa & Ma

Khairy Jamaluddin sekali lagi menjadi tumpuan warga Malaysia apabila menerima tawaran menjadi DJ di HOT FM minggu lalu.

Beliau turut viral di media sosial beberapa hari dan turut menarik media untuk menemubualnya antaranya DJ terkenal iaitu DJ Nazz.

Dalam temubual tersebut, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin.

KJ mengakui setiap nama-nama itu mempunyai sebabnya tersendiri.

“Jibreil Ali dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.

“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.

“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” kata KJ.

Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.