UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kolaborasi UUM-MDEC pemangkin pembangunan ekonomi digital Malaysia

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar CEDI

SINTOK: Seramai 32 orang peserta terdiri dari pensyarah dari beberapa pusat pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai  Program ‘Training of Trainers‘ (T.o.T.) Digital Commerce di Dewan Taklimat CEDI, baru-baru ini.

Program selama lima hari anjuran UUM melalui Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu bertujuan memberi latihan kepada tenaga pengajar melalui Modul eUsahawan.

Pengarah CEDI, Dr. Hasnizam Hasan berkata, program T.o.T ini akan menjadi asas kepada kolaborasi UUM-MDEC dalam penganjuran program berimpak tinggi khususnya dalam bidang latihan keusahawanan kepada pelajar dan komuniti.

Selain itu, menurutnya, program GiG juga dapat menjadi model pembangunan insan yang terus relevan sejajar dengan perkembangan era digital global.

Program T.o.T diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang telah disempurnakan oleh Pengurus eUsahawan MDEC, Azlinda Mohd Hairon.

Terdahulu dalam ucapannya, Azlinda berkata, “Saya amat gembira melihat program yang dirancang ini mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan serta peserta juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan aktif melontarkan pandangan dan idea masing-masing”.