UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kolokium satukan UNISSA dan PNU di UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Dr. Noraziah Che Arshad

Gambar Muhamad Ibrahim Nayan/UUM Today

SINTOK, 5 Mac – Program Kolokium Antarabangsa Pascasiswazah Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyatukan dua universiti antarabangsa iaitu Pusat Penyelidikan Mazhab Syafii’, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei serta Princess of Naradhiwas University (PNU), Thailand di Sintok pada 28 Februari lalu.

UNISSA diwakili dua pensyarah pengiring iaitu Dr. Cecep Soleh Kurniawan dan Dr. Hafini Mahmud serta lima pelajar pascasiswazah, manakala PNU terdiri daripada dua pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Anis Pattanaprichawong dan Dr. Ibrorheng Dorloh.

Penyelaras Program Pascasiswazah iaitu Dr. Noraziah Che Arshad berkata, melalui program ini, pelajar pascasiswazah IBS dan UNISSA didedahkan kepada percambahan serta perkongsian ilmu melalui pembentangan kolokium yang dibuat oleh mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi yang berbeza.

Menurutnya, program kolokium ini juga merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka oleh rakan-rakan jaringan strategik memorandum persefahaman antara institusi pengajian tinggi luar negara bagi mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh universiti yang terlibat.

Hadir sama, Dekan IBS, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor dan mantan Penyelaras Pascasiswazah iaitu Prof Madya Dr Azizi Abu Bakar.