UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Konsortium UA Hadiri Program Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan di PSU Hatyai

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan pada 14 Julai 2023 bertempat di Prince of Songkla University (PSU) Hatyai, Thailand.

Delegasi Malaysia seramai 34 orang ini terdiri daripada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia (JKTTNCPI UA) kali ke-68 Bil.2/2023 yang diadakan di UUM baru-baru ini.

Dalam perbincangan meja bulat yang diadakan, enam (6) fokus penyelidikan iaitu pertanian, pelancongan, keterjaminan makanan, halal, community driven research project dan climate preparedness telah dibincangkan secara bersama antara konsortium UA dan wakil PSU.

Konsortium UA ini merupakan gabungan UA yang mempunyai persamaan fokus penyelidikan untuk berkongsi ”success story” bersama PSU dan seterusnya melihat peluang kerjasama yang dapat dirancang.

Ketua delegasi, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr Norzaini Azman dalam aluannya berkata penyelidikan perlu dilaksanakan sejajar dengan hala tuju penyelidikan negara.

”Pemegang taruh seperti industri dan komuniti perlu mendapat manfaat daripada penyelidikan yang dihasilkan”, ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi JKTTNCPI UA, Profesor Dr. Shaliza Ibrahim mengucapkan tahniah kepada UUM kerana berjaya menganjurkan program ini dan merakamkan penghargaan di atas kesudian PSU menjadi tuan rumah.

Menurutnya, ini merupakan program kerjasama antarabangsa yang pertama diadakan melalui Mesyuarat JKTTNCPI UA dan diharapkan dapat menjadi platform terbaik dalam perkongsian ilmu, teknologi dan kepakaran antara dua negara.

Pihak PSU terdiri daripada Vice President for Research and Innovation, Assoc. Prof. Sunton Wongsiri, dekan dan wakil daripada beberapa Faculty of Natural Resources, Faculty of Hospitality and Tourism, Faculty of Science, Office of Human Resource Development and Social Engagement dan Faculty of Agro-Industry.

Selain itu, PSU dilihat begitu positif untuk menjalinkan kerjasama bersama konsortium UA di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Profesor Dr. Russayani Ismail mewakili konsortium UA mengakhiri perbincangan dengan memberi rumusan berdasarkan fokus penyelidikan yang dibentangkan.

”Untuk permulaan, tindakan susulan daripada pihak konsortium adalah menyediakan kertas cadangan kerjasama bagi dua fokus penyelidikan iaitu keterjaminan makanan dan kelestarian pelancongan rentas sempadan”, ujarnya.

Selepas mesyuarat delegasi ini juga dibawa melawat ke beberapa Pusat Kecemerlangan yang terdapat di Faculty of Agro-Industry PSU.