UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

KPT Prihatin Madani tingkat kesedaran penjagaan kesihatan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Islam/UUM Today

BUKIT KAYU HITAM: Masyarakat perlu cakna tentang isu penjagaan kesihatan jasmani dan rohani supaya dapat menjamin kesejahteraan sejagat.

Sehubungan itu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Masjid Al-Muhajirin telah mengadakan Program KPT Prihatin Madani, baru-baru ini.

Pengarah program, Mohd Sabri Mohd Yusuf, Ketua Penolong Pendaftar Kanan HUSM berkata, program yang mempunyai matlamat untuk menyediakan kemudahan pemeriksaan dan rawatan kesihatan secara percuma ini telah berjaya menarik minat komuniti penduduk setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat termasuk warga emas, belia dan kanak-kanak.

Menurutnya, pemeriksaan asas kesihatan seperti rawatan umum, pemeriksaan mata dan telinga, pemeriksaan awal kanser payudara, ceramah pertolongan cemas dan CPR juga turut disediakan.

“Program pemeriksaan asas kesihatan dan ceramah bantuan cemas ini hendaklah sering di laksanakan agar masyarakat mendapat pendedahan awal mengenai kepentingan untuk menjaga kesihatan.

“Selain itu, beberapa aktiviti menarik yang lain seperti Klinik Al-Fatihah, Klinik Asas Tajwid serta pertandingan mewarna kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak juga diadakan,” ujarnya.

Beliau yakin dengan adanya inisiatif pihak-pihak tertentu bagi melaksanakan program seumpama ini secara berkala dapat mengurangkan jumlah pesakit kronik pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UUM, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie dalam ucapan aluannya turut menasihati penduduk setempat agar lebih cakna dengan program-program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak demi mendapatkan lebih informasi dan ilmu pengetahuan.

Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah cabutan bertuah dan pertandingan mewarna. – Rozita Mohd Rejab