LANGKAWI: Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian antara pengunjung yang melawat ‘booth’ Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi mulai 23 Mei hingga 27 Mei 2023.
Sepanjang pameran ini, Ketua Penyelidik pameran LIMA’23 Prof Madya Dr Rohafiz Sabar bersama pensyarah-pensyarah dari universiti ini memberi taklimat mengenai program dan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh pensyarah-pensyarah kepada mereka yang mengunjungi ‘booth’ ini selain daripada program akademik yang ditawarkan.

“Peluang yang diberikan kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ini untuk bersama-sama agensi kerajaan dalam dan luar negara ini diharap dapat mengetengahkan hasil penyelidikan, kepakaran serta program akademik dalam pameran ini,”ujarnya lagi.
