UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kunjungan ZNDU ke UUM kukuhkan jaringan kerjasama

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Nor Hidayah Ishak
Gambar SoIS/UUM Today

SINTOK, 5 Mac – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan delegasi dari The Zimbabwe National Defense University (ZNDU) yang diketuai oleh Naib Canselor, Air Vice Marshal Michael Moyo, baru-baru ini.

Kedatangan delegasi disambut Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan di EDC UUM.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara dua universiti.

Dr. Mohd Foad menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada delegasi atas kesudian hadir ke UUM dan meneruskan hubungan kerjasama antara kedua-dua universiti.

Delegasi ini juga telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), prof. Dr. Russayani Ismail.

Dalam rangka lawatan itu, pihak ZNDU telah bersetuju untuk memeterai semula memorandum persefahaman dengan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS).

Hadir sama, Pendaftar, Brigadier General David Moyo; Pengurus Lawatan, Dr Knocks Tapiwa Zengeni dan Pegawai Khas Naib Canselor, Flight Lieutenant, Mhandu.