UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kursus Intensif bantu bakal jemaah sebelum tunai ibadat umrah

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Pusat Islam/UUM Today

SINTOK: Bagi memudahkan perjalanan bakal jemaah sepanjang menunaikan ibadat umrah, Pusat islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Kursus Intensif Asas Umrah di Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam pada Sabtu lalu.

Pegawai Tadbir Pusat Islam, Muhammad Syazwan Menon berkata, kursus ini diadakan khusus kepada peserta yang akan mengikuti Program Umrah Cuti Sekolah Bersama Pusat Islam pada Februari 2024.

Menurutnya, kursus ini sangat penting kepada bakal jemaah yang akan mengerjakan ibadah umrah sebagai suatu pendedahan secara ilmiah mengenai falsafah, hikmah dan matlamat mengerjakan umrah ke Baitullah.

Program separuh hari yang telah dihadiri seramai 40 peserta ini telah dikendalikan oleh Pegawai Tadbir Pusat Islam, Muhammad Kamil Yazid di mana beliau telah menerangkan dengan jelas mengenai Rukun Umrah yang harus diikuti oleh semua bakal jemaah.

Kebanyakan peserta telah menerima suntikan ‘Menactra Meningococcal’ bagi memenuhi syarat yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi ke atas setiap jemaah umrah dengan bantuan Klinik Al Fateh, Changlun pada hari tersebut.

Peserta, Fadzil Rejab berkata, beliau dan isteri berterima kasih kepada Pusat Islam UUM kerana telah memberi peluang kepada mereka untuk menunaikan umrah bersama-sama pada kali ini.

Kebanyakan peserta menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Pusat Islam kerana memberi peluang kepada mereka untuk menunaikan umrah di tanah suci pada tahun hadapan. – Muhammad Syazwan Menon