UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Kursus Islamic Financial Planner beri kemahiran kepada penggiat perancangan kewangan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Dr. Amirul Faiz Osman/UUM Today

SINTOK, 18 Mac – Dunia perancangan kewangan dan pengurusan dana memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam merancang serta mengurus dana pelanggan terutamanya di dalam bidang perancangan kewangan Islam, prinsip-prinsip syariah serta perkara-perkara halal dan haram perlu dititik beratkan.

Untuk mengelakkan berlakunya salah guna dana pelanggan serta khidmat nasihat yang salah berkaitan perancangan kewangan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) dengan kerjasama Institute of Islamic Banking and Finance (IBFIM) telah menganjurkan kursus Islamic Financial Planner Challenge Status (IFPCS) siri ke-23 khusus kepada penggiat perancang kewangan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perancangan kewangan Islam bermula 15 Mac lalu.

Pengerusi Program Sijil Profesional IFP, Dr. Amirul Faiz Osman berkata, kursus ini menekan prinsip-prinsip syariah yang perlu dipatuhi, pengurusan risiko, perancangan aliran tunai, perancangan pendidikan, perancangan zakat dan cukai, perancangan haji, perancangan persaraan dan kod etika yang perlu diamalkan oleh perancang kewangan.

Menurutnya, kursus ini dijalankan selama enam hari dan peserta perlu menduduki peperiksaan di akhir kursus untuk melayakkan mereka diberi pengiktirafan oleh pihak IBS-IBFIM sebagai perancang kewangan Islam bertauliah (IFP).

IFP merupakan salah satu pra-syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memohon lesen Financial Advisor Representative (FAR) iaitu konsultan kewangan bertauliah yang diiktiraf oleh BNM.

IFP juga merupakan pra syarat kepada pengamal perancang kewangan untuk memohon lesen Capital Markets Services Agent License (CMSRL) iaitu lesen pengurus dana dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).