UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Lawatan ke Teaching Factory UTHM manfaatkan STML

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

PAGOH: Bagi mendapatkan input berkaitan pengajaran dan pembelajaran tentang industri, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan ke Teaching Factory Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), baru-baru ini.

Lawatan ini diketuai oleh Dekan STML, Prof. Dr. Nor Hasni Osman; Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Norsiah Hami; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim serta pegawai dan staf STML.

Dr. Nor Hasni berkata, tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan input berhubung konsep dan pelaksanaan Teaching Factory UTHM.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Pengarah Teaching Factory UTHM, Prof. Dr. Abdul Talib Bon.

Menurut beliau, Teaching Factory UTHM diwujudkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kursus berteraskan industri yang ditawarkan oleh universiti di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah.

“Ini bagi memastikan P&P berasaskan Teaching Factory mencapai piawaian global dan mampu meningkatkan kualiti graduan universiti.

“Polisi ini akan sentiasa dikemaskini sejajar dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi,” katanya.

Tambah beliau, aktiviti Teaching Factory diharap akan dapat menjadi mekanisma perantara antara universiti dan industri serta mendukung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) dalam penghasilan graduan TVET yang berkualiti.

Delegasi STML turut dibawa melawat sekitar Teaching Factory yang memberi banyak maklumat berkaitan Teaching Factory. – Salina Ali