UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Lawatan kerjasama Perkeso Kedah dan STML, UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Dr. Izatul Husna Zakaria/UUM Today

SINTOK, 3 April – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Isnin lalu.

Rombongan diketuai oleh Ketua Negeri Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Negeri Kedah, Faris Zakhuan bersama pegawai-pegawai PERKESO Kedah disambut Timbalan Dekan Penyelidikan dan Innovasi, Prof. Madya Ts Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim dan Penyelaras Program Jabatan Logistik dan Pengangkutan, Dr. Wadi Khalid Anuar serta rakan pensyarah LogTrans, Dr. Kamal Imran dan Dr. Izatul Husna.

Dalam pertemuan tersebut, Dr. Mohd Kamarul Irwan berkata, penyelidik UUM menyampaikan hasil kajian berkenaan pekerja gig dalam bidang logistik dan memimpin sesi tentang penjanaan idea dan pengurusan kajian dengan pihak PERKESO.

Kedua-dua pihak juga telah membincangkan kerjasama strategik serta program-program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pendekatan PERKESO yang agresif terkini memberi ruang kepada pencari kerja untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan, minat dan kemampuan diri selain daripada perlindungan insurans yang telah diketahui umum.  Mereka juga membiayai program yang menggalakkan pencari kerja untuk terus mencari kerja dengan diberi elaun saraan dalam mencari pekerjaan.  

Program perlindungan yang menyeluruh termasuk kepada pekerja gig dan surirumah (dikategorikan sebagai pekerjaan) dilihat sebagai usaha yang mengujakan untuk masyarakat terus berkhidmat dalam jenis pekerjaan yang dilakukan.

Kerjasama yang dirancang adalah sejajar dengan prinsip Matlamat Pembangunan Mampan (SDG-8) pekerjaan yang sesuai dan pembangunan ekonomi dan mengurangkan ketidaksamaan (SDG-10).

Semoga kepakaran penyelidik UUM, digabungkan dengan inisiatif dari PERKESO dapat membentuk asas yang kukuh untuk penyelesaian masalah sumber manusia bagi kelestarian ekonomi dan keharmonian negara tercinta.