UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Lawatan Penilaian Pematuhan Sistem KKP

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Gambar: Hairul Nizam Zahari/UUMToday

Sintok: Lawatan Penilaian Pematuhan Sistem Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kedah berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Utara Malaysia (UUM), pagi tadi.

Pendaftar UUM, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan UUM, Ahmad Rasidi Abdullah berkata, lawatan ini bertujuan menilai tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UUM.

“Pengurusan UUM sedar tentang kepentingan sistem dalam memastikan keselamatan dan kesihatan warga kampus. Lawatan penilaian ini amat dialu-alukan sebagai satu mekanisme dalam meningkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UUM agar dapat ditadbir urus dengan baik,” ucapnya.  

Jelasnya, pengurusan KKP di UUM diletakkan di bawah Pejabat Pengurusan Risiko, Jabatan Canselori. RMO diketuai oleh Shahrul Nizam Ahmad selaku Pengarah dan  Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly sebagai Timbalan Pengarah RMO, yang   bertanggungjawab menyelaras pengurusan KKP di UUM.

Jelasnya, Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat universiti dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan UUM iaitu Pendaftar UUM, dan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil majikan, pekerja, dan majlis perwakilan pelajar.

“Harapan saya agar pihak DOSH dapat memberi penilaian yang sebaiknya dan pihak UUM akan menerima segala teguran penambahbaikan yang bakal dikeluarkan oleh pihak DOSH untuk meningkatkan perkhidmatan terbaik.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (merangkap) Ketua Seksyen Penguatkuasaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Negeri Kedah, Ir. Ts. Mohd Safarin Sabli berkata, objektif program ini adalah untuk menilai dan menentukan keberkesanan pelaksanaan program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

Katanya, skop audit ini memfokuskan kepada pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan yang terkandung di bawahnya. 

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UUM yang sudi menerima     kunjungan DOSH serta memberi kerjasama yang baik untuk membuat penilaian pada hari ini,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Keselamatan, Supt. Hilmi Ahmad, turut membentangkan Taklimat Keselamatan manakala Timbalan Pengarah RMO, Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly menyampaikan penerangan pengurusan KKP.