UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Liga Bola Sepak IPT: Menjalankan fungsi Naib Canselor beri sokongan kepada UUM FC

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Mohd Fuad Hamid

SINTOK: UUM FC telah berkongsi mata dengan UPNM FC pada aksi pusingan awal Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1 2022/2023 yang berlangsung di Stadium UUM, baru-baru ini.

Perlawanan menunjukkan rekod keputusan seri tanpa jaringan dari kedua pasukan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Shahimi Mohtar bersama Pengurus Pasukan, Prof. Dr. Rusdi Omar.

Beliau turut memberikan kata semangat kepada pemain bola sepak UUM agar terus memberikan persembahan terbaik dan mengekalkan momentum bagi mencapai kemenangan.

Shahimi (tiga, kanan) memberikan kata semangat kepada pemain bola sepak UUM FC ketika menentang UPNM FC sempena Liga Bola Sepak IPT di Stadium UUM, baru-baru ini. Mohd Fuad Hamid/UUM Today

Pada perlawanan 11 Februari lalu, pasukan UUM FC berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan jaringan 4-0 di Stadium USM.

Perlawanan seterusnya pada 18 Februari bakal menyaksikan UUM FC menentang MMU di Stadium MMU dan pada 25 Februari, UUM FC bertemu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Stadium Saidina Hamzah, IIUM.

Liga Bola Sepak IPT Divisyen 1 2022/2023 telah berlangsung sejak Disember tahun lalu dan dijadualkan berakhir pada 25 Februari nanti.