UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Liverpool kena belasah Napoli

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

NAPLES, ITALI: Liverpool dibelasah Napoli yang kembali ke Liga Juara-Juara dengan penuh gaya apabila menang 4-1 ke atas Liverpool dalam aksi perlawanan di Stadium Diego Armando Maradona.

Pada babak pertama Napoli berjaya membolos jaring lawan sebanyak tiga gol sebelum rehat.

Piotr Zielinski meledak daripada sepakan penalti dan dua lagi gol terhasil menerusi gerakan baik Andre-Frank Zambo Anguissa dan Giovanni Simeone.

Pemain tengah Poland, Zielinski kemudian menambah jaringan keempat tidak lama selepas bersambung babak kedua bagi memastikan Napoli bermula dengan baik dalam Kumpulan A.

Luis Diaz kembali merapatkan jaringan dua minit kemudian tetapi hanya itu dapat dilakukan Reds ketika Napoli mencatat keputusan yang pastinya akan diingati mereka.

Pemain Napoli meraikan kemenangan mereka menewaskan Liverpool dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara di Stadium Diego Armando Maradona di Naples, Itali. Gambar AP

Skuad kendalian Luciano Spalletti yang kembali ke pentas tertinggi Eropah selepas tidak beraksi selama dua musim kini kedua kumpulan namun sama mata dengan Ajax yang turut membelasah Rangers.

Jurulatih berkenaan bagaimanapun tidak mahu terlalu terbawa-bawa mengenai persembahan menakjubkan pasukannya sambil menegaskan ia hanyalah satu ‘persembahan bagus’.

“Apabila anda bermain menentang pasukan seperti ini, ia hanya memerlukan satu perkara kecil yang perlu diperhalusi dan keseluruhan perlawanan boleh berubah secara tiba-tiba,” katanya kepada Amazon Prime.

Napoli meneruskan permulaan baik dalam liga domestik yang menyaksikan mereka berkedudukan kedua selepas lima perlawanan dalam Serie A dan dibantu persembahan baik daripada pemain yang baharu dibeli terutama pemain sayap Khvicha Kvaratskhelia.

Sementara itu Liverpool kini berkedudukan terbawah dan mahu menukar perhatian mereka bagi meningkatkan kedudukan dari tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris. – AFP