UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Majlis Iftar teruskan tradisi ukhuwah keluarga IBS

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Siti Rasyidah Hassan
Gambar Muhammad Nazmi Abdullah Thani/UUM Today

SINTOK, 4 April – Seperti mana tradisi sebelum ini, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) sekali lagi menganjurkan Majlis Iftar Peringkat IBS di EDC UUM, baru-baru ini.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 193 orang terdiri dari warga staf IBS dan IPIZ serta ahli keluarga dan tidak ketinggalan staf UPSB yang bertugas di bangunan IBS.

Program anjuran Jawatankuasa Kebajikan, Sukan & Rekreasi (KKSR) IBS ini mendapat tajaan dari Unit I-Wealth IBS serta sumbangan dari warga IBS sendiri.

Dekan Pusat Pengajian IBS, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor berkata, penganjuran majlis ini merupakan antara penghargaan dan terima kasih pusat pengajian kepada staf dan keluarga masing-masing di atas sokongan dan komitmen yang diberikan untuk IBS.

“Pasangan masing-masing ada yang terpaksa pulang lewat demi menyelesaikan tugasan di IBS dan tanpa sokongan keluarga pasti ianya sukar,” katanya.

Keluarga staf yang hadir turut menghargai usaha IBS yang tidak pernah gagal mengumpulkan seluruh keluarga IBS pada majlis iftar saban tahun.

Majlis turut diselitkan bacaan tahlil yang dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Noor Habibi Long, sumbangan duit raya kepada anak-anak staf serta keraian staf post doctoral IBS iaitu Dr. M. Ashraf Al-Haq yang telah menamatkan kontraknya di IBS pada 7 Mac lalu.