UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM RAIKAN DELEGASI MESYUARAT SEKRETARIAT TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR/TIMBALAN REKTOR HEPA UNIVERSITI AWAM (UA) KALI KE-226.

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Langkawi – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Shahimi Mohtar meraikan delegasi Mesyuarat Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor / Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) Universiti Awam (UA) Kali Ke-226 malam tadi di Hotel Resort World, Pulau Langkawi.

Beliau dalam ucapan aluannya melahirkan penghargaan kerana memberi peluang kepada UUM untuk menjadi sekretariat mesyuarat pada kali ini.

Katanya walaupun mesyuarat ini tidak dilaksanakan di kampus UUM, namun tanggungjawab yang diberi telah dipikul sebaiknya oleh UUM.

Moga hasil mesyuarat yang diadakan ini akan memberi manfaat kepada semua delegasi yang hadir termasuk Bengkel Pemerkasaan yang di aspirasikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dalam ucapan beliau baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Pengerusi Sekretariat TTNC HEPA Universiti Awam, Prof Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, KPT, Hirman Awang @ Semail, Timbalan Naib Canselor HEPA UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pegawai Khas Menteri Pendidikan Tinggi, Muhammad Danial Khaleq Mohd Ali.