UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Majlis penutup Bursa Malaysia: Super Circle English & Investment Programme

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

Sintok – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Russayani Ismail  menghadiri majlis penutup Bursa Malaysia: Super Circle English & Investment yang dianjurkan bersama oleh Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Bursa Malaysia di Hotel EDC-UUM malam tadi.

Terdahulu dalam ucapannya Prof Dr Russayani berharap kerjasama dengan Bursa Malaysia ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar universiti ini.

Katanya, program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka terutama dalam meningkatkan pengetahuan pelaburan dikalangan pelajar malah untuk mereka berkomunikasi juga.

“Dengan perkembangan globalisasi ekonomi, bahasa inggeris telah menjadi semakin menonjol dalam dunia perniagaan dan kewangan,”.

Oleh itu pelajar haruslah melengkapkan kemahiran tambahan mereka dalam penguasaan bahasa inggeris sebagai persediaan bagi melangkah ke alam pekerjaan nanti.

Pihak pusat pengajian sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi untuk berkolaborasi agar pelajar universiti ini mendapat manfaatnya.

“Kami di UUM berterima kasih kepada pihak Bursa Malaysia kerana sentiasa bersedia bekerjasama dalam menganjurkan program untuk pelajar kampus ini,” sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Pengarah, Modal Insan kumpulan, Bursa Malaysia, Azman Khalid ketika berucap melahirkan rasa bangga dapat bekerjasama dengan UUM yang diiktiraf sebagai universiti ke-95 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2023, sekali gus meletakkan UUM sebagai universiti awam nombor satu terbaik di Malaysia dalam penarafan tersebut

Moga program yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Di majlis ini Prof Dr Russayani dan Azman Khalid turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan.

Turut hadir ialah Penolong Naib Cancelor CAS, Prof. Dr. Osman Ghazali dan Naib Presiden Kanan, Pendidikan & Pembangunan Pelabur, Bursa Malaysia; A.A. Deepa dan Dekan SEFB ; Prof Madya Dr Bakti Hasan Basri dan Pengerusi Program Bursa Malaysia; Dr Norzalina Ahmad.