UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Malaysia antara 10 negara gaji pekerja akan naik

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

KUALA LUMPUR: Malaysia antara 10 negara di dunia yang dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar pada tahun depan.

Berdasarkan laporan terkini perunding tenaga kerja, ECA International (ECA), Malaysia dijangka mencatatkan peningkatan gaji benar sebanyak 2.2 peratus pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

Perkiraan gaji benar itu adalah berdasarkan pertumbuhan gaji nominal ditolak dengan kadar inflasi.

Antara 10 negara yang turut dijangka mencatatkan kadar gaji benar yang tinggi pada 2023 adalah

1. India (4.6 peratus) 

2. Vietnam  (4.0 peratus)

3. China (3.8 peratus)

4. Brazil (3.4 peratus)

5. Arab Saudi (2.3 peratus)

6. Kemboja (2.2 peratus)

7. Malaysia (2.2 peratus)

8. Thailand (2.2 peratus)

9. Oman (2.0 peratus)

10. Russia (1.9 peratus)

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi dan kelima tertinggi di Asia Pasifik.

Pengarah Serantau – Asia ECA, Lee Quane dalam satu kenyataan berkata, secara keseluruhan, pekerja di banyak lokasi ASEAN akan melihat pertumbuhan gaji benar pada 2022 dan 2023.

Menurutnya, pekerja yang berpangkalan di Vietnam mendapat manfaat mempunyai kadar pertumbuhan gaji benar kedua tertinggi pada tahun ini di rantau ini dan dijangka mencatatkan sekali lagi pada 2023.

Kata beliau, pekerja di lokasi lain, seperti Malaysia dan Indonesia, juga akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang kukuh gaji benar dalam kedua-dua tahun.

Laporan trend pendapatan tahunan yang dikeluarkan ECA itu menganalisis kenaikan gaji semasa dan gaji jangkaan di 68 negara dan bandar di seluruh dunia.

ECA ialah penyedia maklumat, perisian dan kepakaran terkemuka dunia untuk pengurusan dan penugasan pekerja di seluruh dunia.