UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Malten Dio Key Drop menang pingat perak Ereka 2023

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK –  Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa dan Residen Siswa (JKPS/RS) Inasis TNB yang menyertai program EKSPO REKACIPTA UniMAP 2023 (Ereka 2023) memenangi Pingat Perak sempena pameran anjuran Centre for Innovation and Commercialization (CIC), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 10 Mac hingga 12 Mac 2023 lalu.

Pengetua Inasis MAS / TNB UUM bersama hadiah yang dimenangi.

Peserta yang menyertai pameran yang berasaskan bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan ini perlu menerangkan lebih mendalam mengenai ciptaan atau inovasi mereka itu disertai oleh lapan orang terdiri dari dua orang JKPS dan enam staf termasuk Pengetua MAS / TNB UUM Prof Madya Dr Rohani Abdullah.

Dr Rohani yang ditemui berkata, produk inovasi Malten Dio Key Drop yang dketengahkan dalam pameran ini adalah hasil kreativiti staf yang menangani rutin mereka dalam mengumpul dan menyimpan kunci bilik asrama Inasis ini.

Staf Inasis MAS / TNB UUM sedang menyiapkan Malten Dio Key Drop.

“Secara ringkasnya, produk yang dihasilkan melalui bahan terbuang ini bukan sahaja menjimatkan tetapi memudahkan pelajar untuk menyimpan secara sistematik, selamat, mesra pengguna dan menyeronokkan,” katanya lagi.

Kreativiti pelajar dan staf yang dihasilkan ini akhirnya memikat juri yang mengadilinya dengan menganugerahkan pingat perak dalam pameran ini.

“Sesungguhnya kemenangan ini bukan sahaja memberi semangat kepada peserta yang menyertainya malah gembira dengan pencapaian julung kali dalam penyertaan Ereka 2023 ini,” sambung Rohani lagi.