UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Manchester United jadi milik Elon Musk?

Ciapan Elon Musk di Twitter miliknya telah menarik perhatian pelbagai pihak apabila orang terkaya di dunia itu menyatakan hasrat untuk membeli kelab bola sepak terkenal, Manchester United.

Ciapan “I’m buying Manchester United ur welcome” itu mendapat lebih 243 ribu “likes” dengan 74 ribu ciapan semula selepas dimuat naik jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia).

Sama ada hasrat yang diutarakan Musk ini benar-benar menjadi kenyataan tidak dapat dipastikan memandangkan menurut Reuters, keluarga American Glazer, pemilik Manchester United dan Musk tidak memberi sebarang maklum balas apabila dihubungi.