UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Mangsa banjir di Baling dibantu

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SINTOK: ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan keprihatinan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Baling, baru-baru ini.

Cakna dengan nasib mangsa terjejas, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri kepada Timbalan Pengerusi Masjid Kg. Iboi, Baling,  Ustaz Mat Zukri Abu Bakar.

Bakti berkata, sumbangan berupa wang tunai itu adalah tanda prihatin warga SEFB dan UUM kepada penduduk di Baling khususnya di Kampung Iboi yang menjadi mangsa bencana banjir.

Suasana Kampung Iboi, Baling sebelum dilanda banjir. Gambar SEFB

“Seramai 20 penduduk kampung terlibat telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan ini yang diharapkan dapat membantu mereka untuk membeli barangan keperluan dan kegunaan harian.

“SEFB sentiasa aktif menjalankan projek komuniti dengan membantu penduduk sekitar UUM termasuk membantu pelajar UUM serta komuniti setempat yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Ustaz Mat Zukri merakamkan penghargaan kepada UUM khususnya SEFB yang sudi menghulurkan sumbangan untuk mangsa banjir di sini. – Hasliza Hassan/SEFB