UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Mantan Bendahari ungguli Kejohanan Golf Piala Bendahari UUM 2023

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Mohd Fuad Hamid/UUM Today

SINTOK: Kejohanan Golf Piala Bendahari 2023 memeriahkan jamuan Aidilfitri Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSS), hari ini.

Lebih menarik lagi apabila mantan Bendahari UUM, Dato’ Maidin Syed Ali telah dinobatkan sebagai johan Kejohanan Golf Piala Bendahari yang berlangsung di padang golf UUM.

Mohd Shukor (dua, kiri) bersama Mohd Fo’ad (dua, kanan), Mohd Zuhri (kiri) dan Ahmad Martadha di Kejohanan Golf Piala Bendahari 2023.

Beliau berjaya bermain 3 di bawah par dengan handicap 22, mengalahkan 63 pemain yang menyertai kejohanan itu pagi tadi.

Turut serta dalam kejohanan sempena Mesyuarat Agung Khas Kelab Golf Sultan Sallehuddin (KGSS) itu ialah Pengerusi LPU, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar; ahli LPU, Mohd Zuhri Abdullah; Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan selaku Presiden KGSS UUM dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta Pemangku Bendahari, Abdul Roni Baharom.

Naib Canselor turut menyertai satu ‘flight’ dalam Kejohanan Golf Piala Bendahari 2023.

Mohd Fo’ad merakamkan penghargaan kepada semua pemain golf yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu, sekali gus menghadiri jamuan raya Aidilfitri KGSS UUM.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penaja hadiah bagi kejohanan itu.

Mohd Fo’ad mempengerusikan Mesyuarat Agung Khas KGSS.