UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

MARISK bincang isu pengurusan risiko terkini

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar RMO/UUM Today

TANJONG MALIM: Seramai 21 Pengarah dan Pegawai Pejabat Pengurusan Risiko Universiti Awam Malaysia (UA) telah menghadiri Bengkel Pemurniaan Perlembagaan Majlis Pengurusan Risiko (MARISK) Universiti Awam 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 18 Oktober lalu.

Bengkel tersebut yang berlangsung selama tiga hari telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Penaja, Shahrul Nizam Ahmad yang juga Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko (RMO) UUM.

Menurutnya, objektif penubuhan MARISK adalah untuk mewujudkan wadah yang jelas bagi membincangkan isu-isu pengurusan risiko terkini dan menjadi sumber rujukan serta penghubung antara universiti awam dan agensi kerajaan yang lain khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, selain pemegang taruh yang lain dalam isu-isu pengurusan risiko di universiti awam Malaysia.

Turut hadir bersama wakil UUM dalam bengkel tersebut adalah Pengurus RMO, Dr. Mohamad Syafiqi Hashim, dan Penolong Pengarah, Mohd Nasiruddin Abu Ghani.