UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Masih hidup ketika di dalam beg mayat 

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

PERTH – Sebuah hospital di Australia disiasat berikutan dakwaan bahawa seorang pesakit masih hidup ketika dihantar ke bilik mayat dalam beg mayat, baru-baru ini.

Pesakit itu, Kevin Reid pada mulanya meninggal dunia di Hospital Besar Rockingham, selatan Perth.

Namun, seorang jururawat didakwa memutuskan dia telah meninggal dunia pada 5 September lalu dan meletakkannya di dalam beg mayat.

Bagaimanapun, pada keesokan harinya, seorang doktor di hospital menemui darah segar pada pakaian hospital si pesakit, manakala dua anggota badannya bergerak dan matanya terbuka.

Hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa lelaki itu masih hidup ketika dimasukkan ke dalam beg mayat dan berkemungkinan bergelut untuk keluar dari beg mayat.

Namun, dia ditemui mati kerana lemas dan terdapat pendedahan mengejutkan iaitu doktor tidak mengisytiharkan Reid sudah meninggal dunia.

Koroner negeri kemudian diminta untuk menyiasat kejadian itu, menurut WA Business News.

Mahkamah Koroner Australia Barat kemudian mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kematian lelaki tersebut. – Agensi