UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘Maybank Classroom Takeover’ perkasa kemahiran insaniah pelajar

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Lizayati Abu Hassan/UUM Today

SINTOK: ‘Maybank Classroom Takeover’ selama tiga hari menjadi platform kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk memupuk pembangunan kemahiran insaniah masing-masing.

Program bermula 14 Jun lalu sempena Maybank Day 2023 itu melibatkan 29 kelas daripada pelbagai program dan kursus itu menyediakan aktiviti interaktif yang membolehkan peserta menguji dan meningkatkan kemahiran insaniah serta pembangunan peribadi dan profesional.

Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, acara ini merupakan satu peluang yang hebat untuk pelajar menggunakan pengetahuan bilik darjah mereka secara praktikal dan interaktif.

“Aktiviti yang diatur oleh Maybank telah membolehkan mereka memperhalusi kemahiran insaniah masing-maisng dan melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran dunia profesional.

“Di samping itu, program seperti ini juga dilihat amat memberangsangkan ini kerana menawarkan pelajar platform untuk meningkatkan komunikasi, kerjasama, pemikiran kritis dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Jaringan – Industri), CUIC, Dr. Normalisa Md Isa memuji inisiatif mengadakan aktiviti sebegini di mana ia dapat menonjolkan kesan positif terhadap pertumbuhan peribadi dan profesional pelajar.

‘Maybank Classroom Takeover’ telah berjaya mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada pelajar, menguji dan meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

“Terima kasih kepada Maybank atas komitmen diberikan dalam memupuk bakat pelajar UUM dan menyediakan mereka pengalaman pembelajaran yang tidak ternilai,” ujarnya.

‘Maybank Classroom Takeover’ berfungsi sebagai bukti dedikasi universiti untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju dalam kerjaya masa depan mereka.

UUM akan terus mempertingkatkan aktiviti perkongsian dengan kerjasama industri seperti Maybank bagi menyediakan pelajar dengan pengalaman pendidikan holistik. – Siti Nazirah Jaya