UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Memasak sambil sampaikan maklumat piramid makanan seimbang

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Zeety Kartini Abdul Hamid
Gambar Nurazwani Zakaria/UUM Today

KANGAR, 28 Mac – Unit Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Giant Malaysia telah mengadakan program ‘UBA STOVE CHALLENGE-GAYA HIDUP SIHAT’ di Pasar Raya Giant.

Pengarah Program UBA STOVE CHALLENGE, Mohd Farid Md Yusoff berkata, aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan memasak dalam kalangan staf UBA dan staf pentadbiran SLCP.

Menurutnya, penganjuran pertandingan memasak bertemakan makanan sihat ini merupakan salah satu usaha Unit Bahasa Antarabangsa, SLCP untuk berkongsi maklumat bersama staf tentang piramid makanan seimbang dan kesedaran terhadap penyediaan makanan yang lebih sihat.

“Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dengan peruntukan wang perbelanjaan bagi pembelian barangan mentah untuk memasak sebanyak RM50.

“Setiap kumpulan diberi tema bahan mentah yang berbeza iaitu ikan, udang, ayam, sotong dan daging. Setiap kumpulan telah berjaya menyediakan menu makanan sihat dengan pengurangan penggunaan gula, garam dan minyak semasa penyediaan masakan masing-masing,” katanya.

Pertandingan ini menyaksikan hadiah kemenangan berserta piala pusingan berjaya diraih oleh kumpulan kedua dengan menu masakan ikan pari asam pedas dua benua.

Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengurus GCH Retail (M) Sdn Bhd, Mohd Hafiz Adziz.

Selain itu, pihak UBA juga telah mendapatkan kerjasama Mohd Hafiz untuk dimengadili pertandingan memasak ini sebagai juri tunggal pertandingan.