UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Menteri KPT dan Menteri Pertahanan saksi lapan MoU UPNM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Mohd Fuad Hamid/UUM Today

LANGKAWI: Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Hasan, hari ini menyaksikan lapan Memorandum Persefahaman (MoU) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditandatangani sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23).

MoU berkenaan secara tidak langsung membolehkan UPNM untuk menyumbang terhadap pembangunan pengurusan ketenteraan.

Sebanyak 140 syarikat dari pelbagai negara menjadi pempamer di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan salah satu pempamer yang turut dilawati Mohamed Khaled yang melawat reruai UUM semalam.

Lawatan beliau itu diiringi Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan.

LIMA’23 yang bermula sejak 23 Mei hingga 27 Mei ini berjaya menarik kira-kira 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia.

Reruai UUM menonjolkan produk inovasi pensyarah dan penyelidik UUM termasuk Bhatik Cyntok edisi terhad yang dibawa oleh Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) serta program pengajian yang ditawarkan UUM.

Mohamed Khaled semalam turut merasmikan Malaysia-Turkiye Talent Development Programme.

Beliau juga telah mengadakan lawatan kerja ke Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi.

Di situ, beliau diberikan taklimat dan pembentangan pencapaian Kolej Komuniti Langkawi oleh Pengarahnya, Haslinda Abd Hamid.