Malaysian Institute of Accountants (MIA), Badan Profesional Induk Perakaunan di Malaysia, menganugerahkan kepada pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM), Sarah Kamarun Nisham National Accounting Student Excellence Award, baru-baru ini.
Selain cemerlang dalam bidang akademik dengan CGPA melebihi tahap kepujian kelas pertama, Sarah juga merupakan mantan Presiden Kelab Perakaunan VOVAC-TISSA atau Northern Varsity Accounting Club (NOVAC-TISSA) dan beberapa jawatan semasa pengajian di kampus ini.
Beliau juga sering dijemput sebagai sebagai moderator dalam program-program yang dianjurkan baik diperingkat universiti maupun kebangsaan.
Penolong Naib Canselor Kolej Perniagaan yang juga Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad sangat bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Sarah Kamarun Hisham.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sarah kerana anugerah daripada MIA ini yang biasanya hanya seorang daripada universiti akan dipilih.
“Moga kecemerlangan anak kepada pasangan pensyarah dari UUM ini diharap menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain’”katanya ketika dihubungi.