UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Microsoft Certification Programme beri nilai tambah kepada pelajar akhir UUM

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Anis Zulaikha Kamal

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan/UUM Today

SINTOK, 14 Mac – Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan program Pensijilan Profesional Pelajar Tahun Akhir iaitu Microsoft Certification Programme.

Pensijilan Profesional bermaksud pentauliahan kepada pelajar yang berkelayakan untuk mendapatkan sijil pengiktirafan daripada badan-badan profesional yang diiktiraf.

Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, Program Pensijilan Profesional bagi pelajar tahun akhir UUM ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar dalam mempelajari dan memperolehi kemahiran agar dapat memenuhi keperluan industri yang telah diiktiraf di seluruh dunia.

Menurutnya, program ini juga memberikan fokus kepada pemberian sijil professional kepada pelajar-pelajar sebagai salah satu nilai tambah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan kelak.

“Melalui program ini, pelajar dapat memperolehi ilmu dan kemahiran baru yang secara tidak langsung dapat dijadikan nilai tambah dalam resume mereka.

“Di samping itu, program ini dapat membantu pelajar mengasah kemahiran untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan serta menyumbang kepada peningkatan kerjaya pelajar tersebut,” katanya.

Program yang dijalankan selama dua hari itu khusus dilaksanakan kepada pelajar tahun akhir melibatkan seramai 300 pelajar dan dibahagikan kepada dua program iaitu Microsoft Office Specialist: Excel dan AI – 900 (Microsoft Azure AI Fundamentals) yang disampaikan oleh jurulatih khusus daripada Microsoft Malaysia.