UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Mohd Fo’ad imbau kenangan jadi Felo INASIS

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar FB Naib Canselor UUM

SINTOK: Peluang bermoreh bersama pelajar di Inapan Siswa (INASIS) Proton dan Tradewinds mengembalikan kenangan Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan ketika bergelar Felo.

Beliau memilih kedua-dua INASIS ini bagi memulakan siri jelajah moreh kerana ingin mengenang memori ketika berkhidmat sebagai Felo/Penolong Pengetua PERNAS (kini Tradewinds).

Kemudian, Mohd Fo’ad dilantik menjadi Pengetua INASIS Grantt (dahulu dikenali EON) selama 9 tahun.

Mohd Fo’ad (tengah) bermoreh bersama pelajar di INASIS Tradewinds dan Proton.

“Selain ingin mengembalikan kenangan di sini, siri jelajah moreh ini adalah merupakan salam pengenalan saya. Tegur-tegurlah jika berjumpa.  

“Saya juga ingat berpesan kepada pemimpin di INASIS agar sentiasa mengambil berat kebajikan rakan-rakan, bantu mereka yang memerlukan. Jika tidak mampu, berhubunglah dengan Pengetua atau Jabatan Hal Ehwal Pelajar,” katanya.

Mohd Fo’ad turut menekankan pendekatan beliau dalam menyelesaikan masalah adalah melalui diskusi kerana tunjang kepimpinan dan pentadbiran beliau adalah untuk menjaga kebajikan semua.