UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

MoU UUM-UMJ perkukuh jenama di peringkat antarabangsa

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

JAKARTA: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ) diyakini mampu meningkatkan jenama dua universiti itu di persada antarabangsa.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, beliau berterima kasih kepada UMJ kerana memilih universiti ini untuk berkolaborasi bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan penyelidikan, program mobiliti pelajar dan pertukaran staf akademik.

“Malah, saya juga mengalu-alukan dosen (pensyarah) UMJ untuk melanjutkan pengajian di UUM di peringkat S3 (Doktor Falsafah).

“Saya berharap hasil kolaborasi ini kelak dapat memanfaatkan kedua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dalam bidang akademik, khususnya,” kata beliau pada Majlis Menandatangani MoU antara UUM dan UMJ di Auditorium Kasman Singodimedjo, semalam.

Sementara itu, Rektor UMJ, Dr. Ma’mun Murad berkata, perbezaan yang dimiliki UMJ dan UUM membolehkan kedua universiti ini untuk bekerjasama dengan baik, seterusnya membawa kebaikan kepada semua pihak.

Tambahnya, meskipun UUM masih muda berbanding UMJ, namun pihaknya sedia untuk belajar daripada universiti tersebut khususnya dalam agenda ranking demi menaikkan nama UMJ.

Mohd Foad (kiri) mewakili UUM dan Ma’mun mewakili UMJ bertukar dokumen MoU.

Turut diadakan ‘Academic Talk’ oleh Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad bersama moderator, Amin Shabana dan Daniel Handoko.