UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

MPP dan JKPS UUM agih makanan sempena cuti Aidiilfitri

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) mengagihkan 800 bungkusan makanan dan minuman kepada pelajar yang tinggal di kampus sempena cuti Aidilfitri sejak 22 April hingga 26 April 2023.

Yang Dipertua MPP Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman berkata, lima orang MPP dan 30 JKPS terlibat dalam mengedarkan makanan secara bergilir-gilir.

“Kami mengambil inisiatif untuk menyediakan makan tengah hari dan malam ini melalui hasil peruntukan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan sumbangan yang diterima,” katanya.

Katanya, edaran ini termasuk kepada pelajar, kakitangan pembersihan, pekerja dan petugas keselamatan di universiti yang bertugas sepanjang perayaan ini.

Antara menu yang disediakan ialah Nasi Ayam Kicap, Nasi Kak Wok dan Sandwich.

Moga aktiviti ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada mereka yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin di kampus ini malah dapat merapatkan lagi hubungan antara warga universiti ini.

Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed ketika dihubungi berkata, jalinan kerjasama MPP dan JKPS dalam aktiviti seperti ini membuktikan mereka sentiasa peka dan bertindak segera bagi menajga kebajikan rakan-rakan dan kakitangan sokongan yang bertugas terutama dimusim perayaan.

“Kami di HEP sentiasa akan memberi sokongan dan membantu barisan kepimpinan dikalangan pelajar di kampus ini untuk menjalankan aktiviti bagi kebaikan bersama,” sambung beliau lagi.