UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

MPP wakil terbaik suarakan pendapat pelajar

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Mohd Fuad Hamid/UUM Today

SINTOK: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan saluran terbaik untuk membawa suara pelajar ke pihak atasan dalam pelbagai isu berbangkit.

Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin berkata, mahasiswa merupakan sebahagian daripada tunjang pembinaan negara dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa.

Oleh itu, menurutnya, proses pemilihan wakil pelajar perlu dilakukan dengan lancar dan telus agar tidak menimbulkan masalah yang tidak diingini pada masa hadapan.

Beliau turut berharap agar mereka yang dipilih mewakili suara pelajar dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan berwibawa.

Katanya ketika merasmikan Sidang Khas Parlimen Mahasiswa di Bilik Senat, pagi tadi.

Persidangan Parlimen Mahasiswa bertujuan untuk memperkasakan mahasiswa ke arah pelarasan manifestasi mahasiswa berdaya saing mendasari Malaysia Madani.

Agenda persidangan kali ini adalah untuk memilih barisan Majlis Tertinggi Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP).

Turut hadir, Pegawai Tadbir di Bahagian Pembangunan Pelajar, JHEP, Juhaina Che Juhari; Pegawai Undang-undang JHEP, Nurul Shakinah Mohd Saipudin dan Yang Dipertua MPP UUM, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)