Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today
SINTOK: “Kegemilangan dapat dicipta jika kita bermula dengan taqwa. Itulah satu-satunya cara untuk mencari kegemilangan dalam hidup,” kata Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Fadzil Awang dalam ceramah bertajuk ‘Mencipta Kegemilangan’ di Dewan Seminar Pusat Islam, pagi tadi.
Kata beliau, dalam konteks taqwa, fokusnya ialah untuk memperbaguskan hubungan dengan Allah.
Tambahnya lagi, apabila manusia bertaqwa, Allah akan memperelokkan hubungan sesama manusia.

Syeikh Fadzil juga menyeru agar semua pelajar memperbetulkan niat dalam semua perkara supaya mendapat keredhaan Allah bukan sahaja di dunia yang fana ini malahan di akhirat kelak.
Turut hadir, Menjalankan Tugas Dekan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Dr. Zairy Zainol dan Pengarah IPIZ, Dr. Ahmad Khilmy Abdul Rahim. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)