UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Naib Canselor dekati warga pusat pengajian

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Shamsaimi Ezil/UUM Today

SINTOK: Bagi mengenali lebih dekat pusat pengajian, Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan telah melawat Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), hari ini.

Kunjungan beliau itu disambut oleh Dekan, Prof. Dr. Shukri Ahmad bersama warga SLCP di Bilik IKRAK iaitu bilik kuliah maya SLCP.

Pada perjumpaan itu, Dr. Mohd Foad telah diberikan taklimat tentang pusat pengajian tersebut oleh Dekan dan juga Pegawai Tadbir, Hazizi Haron.

Dr. Shukri membentangkan hala tuju, pencapaian dan pelan pembangunan SCLP serta berkongsi masalah termasuk isu penjawatan kerana tiada pengganti terhadap pensyarah yang berpindah atau bersara.

Selain itu, Dr. Mohd Foad turut dimaklumkan tentang teras falsafah pusat pengajian itu yang berdasarkan inti Surah Al-Qasas ayat 77, yang antara lain menekankan matlamat atau tujuan hidup seorang manusia.

Kemudian, Naib Canselor telah mengunjungi Pusat Pengajian Pendidikan bagi melancarkan Buku Menongkah Gelombang Globalisasi Memoir Yusof.