UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Naib Canselor mahu SCIMPA perkasa bidang seni kreatif dan seni persembahan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berharap Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) dapat memperkasakan bidang seni kreatif dan pengurusan industri kreatif serta kelestarian budaya.

Dalam lawatan ke SCIMPA itu, Dr. Mohd Foad menyatakan bahawa sebagai sebuah pusat pengajian yang kecil, SCIMPA masih mampu memberi sumbangan yang signifikan kepada universiti termasuk dalam bidang kelestarian budaya.

Menurutnya, projek penyelidikan seperti Cyntok Bhatik bukan sahaja berjaya dikomersialkan dan mendapat perhatian pemain industri, malah turut menyumbang kepada pembangunan komuniti di Kedah, khususnya di Pendang dan Naka.

Beliau turut menyarankan supaya SCIMPA mencadangkan acara yang bersesuaian untuk sambutan 40 tahun pengasasan UUM pada 2024.

Pada sesi itu, Dekan SCIMPA, Prof. Madya Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin memberi taklimat tentang latar belakang penubuhan serta pencapaian dan perkembangan terkini SCIMPA.

Mengakhiri lawatan, Naib Canselor dibawa melawat SCIMPA Audio Lab serta dipertontonkan beberapa simulasi yang memperlihatkan kepakaran khidmat perundingan di SCIMPA.