Gambar Hairul Nizam Zahari/UUM Today
SINTOK: Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan meneruskan siri lawatan ke pusat pengajian dengan mengunjungi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), petang semalam.
Beliau disambut Dekan, Prof. Madya Dr. Mohd Khairie Ahmad dan warga SMMTC.
Mohd Khairie telah memberi penerangan tentang hala tuju dan pencapaian SMMTC, selain memperkenalkan barisan penjawat di pusat pengajian itu.
Mohd Foad berkata, banyak perkara telah dibincangkan dan beliau menyatakan kesediaan untuk menjadi fasilitator untuk membantu pusat pengajian mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan mengatasi isu-isu yang dibangkitkan demi kemajuan UUM.
Beliau turut menekankan hasrat universiti sejak awal penubuhan pada 1984 yang perlu dilaksanakan setiap warga universiti, khususnya dalam membangunkan wilayah utara terutama negeri Kedah.